melancholica_true
Tuesday, May 18, 2010
Wednesday, April 14, 2010
things will never getting better for them~!!!!!
jika anda kata TIDAK...kenape?? mereka tidak mahu jadi begitu
jika anda kata TIDAK..kenapa hanya melihat??jika anda kata TIDAK..kenape masih ada mata-mata yang memandang penuh hina??
jika anda kata TIDAK..kenapa mereka masih terperap dalam stigma yang meresahkan??
jika anda kata TIDAK..kenapa mereka masih terkontang-kanting keseorangan tanpa sokongan??
jika anda kata TIDAK..kenapa masih ramai insan yang bernasib baik melemparkan mereka tanpa hala tujuan??
jika anda kata TIDAK..apakah yang anda lakukan untuk menolong mereka??
Sedih aku fikirkan semua ini..di mana silapnye??..di mana yang boleh aku perbaiki??..bagaimana mahu mengubah stigma yang sekian lama terpahat di minda??
TIDAK..aku tidak dapat mengubah apa kecuali anda semua yang merubahnya.
Hiduplah dengan mereka anda akan tahu betapa mereka terhina..betapa mereka rasa tertekan..betapa mereka ingin bebas..betapa mereka ingin sokongan..betapa mereka rindukan keluarga mereka..
Mereka bangga dengan kejayaan keluarga tapi mereka ditinggalkan bertahun - tahun tanpa lawatan. Tanpa khabaran. Tanpa mendapat berita. Terkontang- kanting menunggu insan yang sedarah sedaging untuk menjeguk..Itukah yang anda hanya lakukan??
Bersyukur aku kerana di takdirkan untuk bertemu dan memberi sedikit pertolongan kepada mereka. Walau hanya sedikit, mereka menghargainya seperti terlalu tinggi sumbangan yang diberikan.
Ingatlah, kita semua adalah insan~!!!!!!!!!!
- Perasaan belas datang dari hati yang suci.
- Kita semua adalah insan yang lemah
- Dan insan yg lemah perlu menolong di antara satu sama lain....
(bingkisan from permai - the opening of my heart and eyes)
Saturday, March 27, 2010
Friday, January 29, 2010
Mencari Kesempurnaan
Aku selalu inginkan orang yang lebih sempurna... Apabila berlaku sesuatu, aku akan memujuk hati mengatakan yang ada orang yang lebih sempurna dari yang terdahulu yang sebenarnya jodoh aku tapi pada suatu masa terdetik hati ini yang berbisik, "Adakah aku orang yang sempurna?""Adakah aku ini sangat layak mendapat orang yang lebih sempurna?". Pertanyaan itu membawa kepada pertanyaan-pertanyaan yang hadir dalam minda aku. Memang..aku bukan seorang yang sempurna. Dan aku menyedari yang mana mungkin orang yang lebih sempurna akan hadir dalam hidupku jika aku bukan orang yang begitu sempurna. Memang semua orang tidak di lahirkan sempurna, banyak cacat cela sebagai manusia. Manusia sentiasa lemah. Sentiasa mengalah. Seperti aku juga. Sesiapa pun walau dapat mengangkat beban yang berat sekalipun amatlah lemah sebenarnya. Begitu juga aku, dari segi zahirnya aku seorang yang periang tapi dari segi batinnya, aku tersangat lemah..Kerana itu aku terfikirkan bagaimana aku boleh terfikir untuk mendapatkan orang yang lebih sempurna padahal diri ini sendiri tidak sesempurna yang lain. Akhirnya, persoalan tinggal persoalan dan penyerahan pada takdir Yang Maha Esa adalah jalan muktamad..
Wednesday, November 18, 2009
GUDBYE TO PUNCAK *waving
Sem 5 berakhir dan tuk bdk OT sem last 07/10 dan kami pasni dah xkn ade lagi kat puncak segala alam tu..
Akhirnya, kami berpisah jua..ari last aku masih lagi mencari-cari rase sedih. Tapi ape yang aku lihat hanya kesedihan orang yang langsung tak aku rasai. Jauh di sudut hati ni rase sedih tapi muke dan sume perbuatan aku menyatakan yang aku ni langsung tak sedih dengan perpisahan ni. Entah la, aku pn tak tau la pe yang da jadi kat aku sebenarnye. Aku macam bukan aku yang sebenar. Aku pn tak pasti nape. Memang ari aku nak balik dan mase majlis berpisah dengan budak 12 orang pn aku rase biase jer. Sedih macam dah hilang. Mungkin mind aku state ”yang korang akan berjumpa lagi la. Buat pe nak sedih..kn2. ” mungkin sebab tu kot. Dah la buat pe nak sedih lagi. Cukup la video mase jamuan sebelum practical tu wat aku tersedu-sedu. Cukuplah kawan-kawanku. InsyaAllah, kalau jodoh kite semua panjang, kite pasti akan jumpe lagi. Jangan risau la sume.
Life must go on..
Words for them ~
- Stay close in each others heart
- Make new relationship but holding tight previous relation
- Continue life with no regrets
- Always remember the past for lessons in the future
- Set in mind that everything’s gonna be fine
- God willing, we will meet again~
kite balik umah la plak...
yahoooooo........n
sobs..sobs...huhu
Tuesday, November 17, 2009
CHARITY DINNER @ Carlton Holiday
Majlis ni tuk student-student last sebenarnye. Best gak la dinner ni sebab invite anak-anak yatim. Ade adik-adik ni wat ceria sket..memang best la diorang nih walau macam-macam dugaan yang diorang lalui...
wat fazrol,hasif,aswad,hanna...akk miss korang dah..
akk harap korang berjaya dunia akhirat.
Dinner last berlangsung dengan jayanye..tapi kan ari dinner yang sepatutnye gembire sebenarnye takde lah segembire mane buat aku. aku frust gile ngan exam yg sepatutnye aku lulus dengan jayanye. Tapi aku berusaha terime hakikat yang pasti ade hikmah disebalik semue ni..
"live long with no regrets"
Sunday, November 15, 2009
Last black paper...
*wishing for the best (V_V)