Friday, February 27, 2009

Sudah takdir dia pergi....


Ku susur jalan ini..
Tangan-tangan terkapai minta disambut
Ku terus melangkah
Bergenang kelopak ini..
Ku tetap tanpa berganjak
Tertoleh ku pada sepasang mata..
Bundar tanpa sinar..
Berkedip menghindar dosa-dosa lalu
Tertunduk menghilangkan pandangan itu..

Dia mula berlalu pergi
Ku mahu menyahut
Mahu melangkah ke sana
Mahu memeluk jasad itu
Tapi terkaku...

Ku sedar titis-titis kesedihan jiwa ini terus mengalir..
Aku mahu memanggil..
Aku mahu dia mendengarnya..
Menyahut panggilan ku..
Tapi dia tetap berlalu pergi..
Pergi tanpa menoleh lagi..


Trueguest(^_^)
23 feb -09
8.14 a.m
(b4 kuliah mr.farezadi)


Monday, February 23, 2009

Doaku..


Sahabat,

Ku pohon jangan pergi..

Berhadapanlah dengan semua dugaan itu..

Jangan hilang tanpa kesan..


Kuatkanlah dirimu..

Tangis bukan rebah,

Senyummu pasti merubah,

Tabahlah menghadapi liku tersebut..

Kuatkan kesabaran di hati..


Sahabat,

Jika kau terasa payah,

Terasa kesulitan mencengkam..

Terdorong ke ruang tanpa keluar

Ingatlah..

Dirimu msh ada,

Aku masih ada,

Dan.

Dia masih ada..


Serahkan segalanya pada Dia..

Dia lebih mengetahui,

Dia lebih memahami..

Sorongkan hati padaNya,

Sujudlah di bawah rahmat kasihNya

Kau pasti lebih tenang..

Trueguest(^_^)

20 feb. 09

7.48 a.m



Kepada sahabat-sahabatku yang mengalami dugaan dan cabaran dalam hidup mereka aku titipkan sesuatu untuk korang semua...aku arap kau sentiasa berada dalam rahmatNya walau di mane pn kau berada..dekat atau jauh denganku..aku hanya mampu berdoa dan sebagai seorg sahabat aku hanya dapat memberi kata-kata semangat serta sokongan untuk kau teruskan hidup walaupun payah dan....walaupun aku tidak melalui ape yang kau hadapi, ingatlah...ukhuwah ini tidak membataskan kita untuk berkongsi pengalaman dan tauladan...ape pn yang terjadi, aku berdoa..kau akan tabah dan sabar.. tidak malu untuk sentiase merendahkan diri dan sujud di halaman kasihNya dan di selitkan bahawa ada hikmah yang tersembunyi di sebalik ape yang berlaku.. aku akan sentiasa ade untuk kau walaupun kadangkala aku hilang serta jarak membatasi kita...biarlah jenuh kau di palu,sahabat...pasti suatu hari kau akan bertemu hikmah dan tenangnya ...


p/s: untuk semua sahabat-sahabatku

Thursday, February 19, 2009

First time in mylife

first time aku mengenali blog ni dari kawan-kawan aku...Dulu kat kg sebut blog,aku mmg tak kenal langsung..biaselah walaupun kg aku agak modern tp kerana kat rumah kami tidak dihamparkan dengan bende2 modern..tepon rumah pun takde tp ade handset..internet takde tp de komputer. kadang kau berpikir betapa kolotnyer kami dan betapa susahnya untuk cari bahan2 dari internet tp bile pikir-pikir balik,ade hikmah yang tersembunyi parents aku wat cmtu..mungkin nk elak anak terpengaruh..aku agree with that..tp org nampak cam kolot sbb sekarang bile dah besar barulah ku mengenali ape itu blog..dah 20-an baru nak berjinak-jinak ke arah ini...kire ni first trial tuk aku kerana buat mase ni aku nk jadi pemikir,penulis dan blogger sbb walaupun aku bukan pemikir hebat yang berpikir dan share ape yang di pikirkan secara hebatnye tapi aku mahu mencuba.mencuba untuk share pengalaman yang indah dan tak seindah mane sbg teladan.walau aku bukan penulis hebat yang dapat menarik hati tuk terus membaca karyanya tapi ini adalah satu cara untuk aku mengenali diri aku sebenarnye,dengan tulisan ia dapat mengubah diri .Dan walaupun aku bukan blogger yang hebat yang post macam-macam dan menjadikan blog nye sessuatu yang hebat untuk di share dengan semua orang tp ini adalah cara aku untuk mengembangkan minda ku sendiri tanpa halangan....