Sunday, July 19, 2009
my old friend...
ku biarkan tangan ini berbicara menghuraikan maksud di jiwa. moga bicara hati ini mengubat keresahan di kalbuku..
sesungguhnya aku teramat merindui sahabatku. sahabatku di kala duka. sahabatku jua di kala suka. selama dia sedang berjuang bagi memenuhi cita-citanya selama itulah aku menyokongnya dari belakang. dan selama mana mungkin aku akan terus berada di belakangnya seperti dia yang sentiasa untuk aku bila memerlukan. saat aku terkontang-kanting mencari haluan apabila kekecewaan terasa mencengkam, dia ada tanpa ku pinta, apabila jiwa ini terselit keresahan, dia hadir memberi ketenangan. di saat ku tenggelam dalam keasyikkan, dia mengingatkan aku pada janji Tuhan dan pabila ku rebah terasa kalah, dia tanpa segan hulurkan tangan membantuku bangun. bertapa bernilainya dia sebagai insan yang bergelar sahabat. tanpa dapat ku cari ganti.walau jarak membataskan kami untuk sentiasa bersama-sama, sejauh jarak itu juga aku berjanji pada diriku yang aku akan sentiasa mendoakannya. mendoakan kejayaan kami bersama-sama. aku pasrah dengan ketentuanNya. takdir tidak menyebelahi kami untuk berjuang di tempat sama tapi takdir memilih kami untuk berjuang bersama-sama. kerinduan ini pasti akan terubat takkala kami menggengam janji kami untuk berjaya. pastinya terselit hikmah yang tersembunyi yang belum terungkai atara kami. aku pasti dan redha atas segala yang berlaku antara kami. walau apa yang terjadi dia tetap di hati ini dan ukhwah itu tidak mungkin akan terungkai walau kami bercerai jasad kerana hati ini tetap ada dia...
persahabatan adalah dengan rasa hormat, rasa saling memerlukan dan diperlukan, rasa diberi dan memberi,walau usia bertambah tapi persahabatan tetap menjadi lebih berharga dan terasa mengekalkan persahabatan itu lebih payah dari memulakan satu pertemuan. pada sahabatku, rindu ini akan ku simpan hingga kita sama-sama ke destinasi pilihan kita. walau ia berbeza, ingat janji kita supaya hati kita sentiasa ada dan tetap di situ untuk sentiasa bersama.
(dedicate to bell - struggle for the best geng)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
trima kasih sahabat..sgt brmkna..andai destinasi brbeza,hati ini ttp ada di sini utk mu sahabat..trima kasih utk sgala2nya shbt..andai aku ada melukakan hatimu,andai aku x smpurna..maafkanlah aku..aku menanti satu masa..di mana aku boleh tulis apa yg trbuku di hati aku pula.. :)
ReplyDelete