Monday, July 13, 2009
Pedoman untuk yang masih mencariNya
ketenangan yang menyinggah
menghembuskan nilai kebahagiaan
mebungakan debunga yang layu
diantara dosa semalam dan ketenangan hari ini
ku melangkah di bumi yang fana ini
mencari segenap cinta yang telah luput
yang di abai hingga tersembam ku jatuh
ku mahu gilap ia kembali
sinarkan tanpa malap lagi
trueguest
27-02-09
7.27 a.m
sekarang ni aku serahkan segala-galanya padaNya..
aku redha..redha atas ketentuanNya..
aku pohon di kuatkan hati ini untuk teruskan hidup ini...
aku pohon dikuatkan untuk menerima qada dan qadar yang dah ditetapkan untuk aku
aku serahkan juga cinta dan kasih-sayang ini hanya padaNya..
dalam pada itu aku mahu mengenal diriku sendiri..
kenali sedalam-dalamnya diri ini..
kerana sudah lama aku tinggalkan diri tanpa merawat luka2 lalu..
sudah lama aku tidak penuhkan jiwa ini dengan kasih dan sayang untukNya..
aku mahu ikhlas dan istiqamah dalam melakukannya..
biarlah yang telah berlalu pergi sebagai angin lalu..
pergilah..pengalaman itu sudah cukup buat aku..
ia dah mengajar aku berbagai erti..
cukuplah..
pergilah..
jika ku ingat kembali pun sudah tiada gunanye
tapi ia banyak mengajarku..
mengajarku dan menghalakan ku ke halaman kasihNya..
aku bersyukur..
alhamdulillah..
tanpa pengalaman itu aku mungkin masih di dalam kekusutan tanpa pedoman..
aku mungkin hilang dalam keramaian..
dan satu-satunya perkara yang aku lakukan ialah menangis..
menangis mengenangkan ape yang telah berlaku tanpa menyedari semua itu ade hikmahnya..
kadang-kala tanpa sedar
aku menyalahkan kenapa diri ini yang melalui semua ini..
seperti menyalahkan takdir..
astarfirullahalazim...
ampunkan aku Ya Allah..
tapi kini ku sedar..
setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi..
itulah yang tersemat dalam hatiku kini..
dan aku mahu semua orang termasuk sahabat-sahabat ku menyedari itu semua..
kerana mereka juga mungkin ada yang seperti ku dulu..
kadangkala susah menerima ape yang telah ditakdirkan untuk diri sendiri..
menangis mengenangkan itu semua tiada guna..
pasti Allah mahu memberikan yang lebih baik untuk kalian..
oleh itu,redhalah..
aku pun belajar untuk redha..
aku masih belajar..
aku tidak pasti adakah aku istiqamah dalam melakukannya
Ya Allah..istiqamahkan lah aku..
walau ape pun terjadi..
redhakanlah aku dengan ujianmu..
aku juga masih mencari haluan..
haluan hidup yang membawaku kepadaNya..
kerana masa ini dirasakan semakin menghampiri..
bila-bila masa sahaja mata ini boleh tertutup..
dan bila-bila masa sahaja nafas ini boleh terhenti..
semakin ku menceritakan perihal ini,
sebak mengetuk pintu dada ini..
mengenangkan amalan yang belum tentu cukup untuk dibawa ke sana..
sebak jiwa ini dan kadangkala air mata menitis tanpa dapat ditahan lagi..
gugur seperti titisan keinsafan...
~dipetik dari seseorang~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment