Ranau bicara sering bergilir,
Aku mencari kompas dimensi,
Tika di bahtera menerobos gelombang,
Bertali dusta dan karisma naluri alam,
Tanpa nama,
Bergetir omong dikikir usia,
Berderai bisikan maksud deria,
Memamah ketulan mindaku,
Seribu sepi tanpa bicara.
Hanya Tuhan Esa,
Mengerti ciptaanNya.
Mencari disisi suria murni,
Moga insan memahami,
Moga ada insan membimbing,
Moga ada insan memberi,
Lorong seiring langkahmu.
- MATRA88-
Dipetik dari seseorang. Seseorang yang sedang bertarung untuk kembali ke alam realiti tetapi oleh kerana stigma yang diagungkan, dia hanya tunduk berpaling dari manusia-manusia lain. Dia ingin kembali maka berilah peluang.
No comments:
Post a Comment