Saturday, September 26, 2009

25 september 2009 to 26 september 2009 - Pengembaraan bermula

Selepas seminggu hari-hari gembira aku lalui sekarang tibanya masa-masa yang amat menyakitkan. Tau-tau jelah musim-musim rayer ni memang tiket di hurung macam lalat hurung feaces. Betul kerana itulah realitinya. Mungkin peribahase yang aku gunakan tidak sesuai tapi ia benar-benar suatu realiti. Seperti biase,aku akan mengerahkan keringat kedua ibu-bapaku untuk mencarikanku sehelai tiket yang lepas di check akan dibuang ke dalam garbage bin. Sebulan sebelum rayer lagi aku dah cari dan selepas itu kedua ibu bapaku lak yang cari sebab mase tu aku memang takde rezeki.

Akhirnya,sehari sebelum berangkat aku dapat tiket yang aku idamkan. Idamlah sangat,gap antara tiket balik terengganu-kl dgn tiket kl-kangar adelah nak masuk 1 ari. Itu bermakne aku kene patah balik buat U-turn. Bayangkan dari Kemaman-KL pukul 3.00ptg 25 sept 2009, aku kene stay kat Kl dulu pastu baru sambung travel ke Kangar pukul 1.35ptg, 26 sept 2009. Terfikir-fikir manelah aku nak menumpang badan dan beg RM40 kesayangan aku ni. Mase ni timbullah nama-nama member baik kat dalam kepale. Lepas sorang-sorang, last-last aku buat keputusan yang aku taknak susahkan mereka dan aku buatlah macammene pun asalkan dapat tempat berteduh semalaman tu. Dan keputusannya..jeng..jeng..jeg...


nilah beg kesayangan aku yang dah masuk 2 tahun umornye

Rumah tumpangan aku untuk malam ni adalah Mc Donald KL Sentral. Nasib baik 24 hours. Kalau tak, flyover-flyover kat KL nilah yang akan jadi tempat berteduh aku. ’Alhamdulillah’. Ade ramai la jugak orang kat sini. On da way nak pergi KL Sentral tu aku terserempak la dua beranak tengah tunggu komuter kat hentian Putra. Dari jauh si ibu dah senyum kat aku. Aku pun balasla senyuman dengan senyuman paling ikhlas. Aku duduk atas palang besi sebelah si ibu dan si anak tu. Aku pun start la menunggu. Dah masuk 3 kali train ke arah Rawang melintasi kami. Tibe-tibe aku terdengar bunyi train tapi tak dapat detect dari arah mane. Dengar punya dengar, rupenye train ke Rawang jugak. Aku terdengar si anak mengeluh “ la, belah sane lagi,dah banyak kali lalu”. Apabila impulse auditory aku sampai kat kepala otak, dengan serta-merta brain aku hantar signal kat muscle-muscle dekat neck untuk berpaling kepada dua beranak itu dan serta-merta juga otot-otot muka menjadikan mulut aku berbentuk ”U”. Si ibu pun tersenyum sambil berkata padaku ”Dah banyak lalu belah sane”. Pastu bermulalah perkenalan aku dengan dua beranak tadi. Si ibu nampak seperti suri rumah biasa yang menghantar anak lelakinya ke Hentian Putra untuk pulang ke sekolah berasrama tetapi hasil perbualan antara aku dan si ibu ternyata anggapanku salah.

Si ibu adalah seorang ustazah di sekolah menengah. Banyak yang kami bualkan sementara menunggu train seterusnya tentang anak-anak zaman sekarang. Bila aku terfikir balik, memang anak-anak zaman sekarang sudah lain tetapi beginilah kami yang dibesarkan pada waktu senang, yang dibesarkan pada waktu teknologi berkembang, yang dibesarkan pada waktu dunia diambang globalisasi. Hanya diri yang mantap dan mampu berfikir sahaja akan terselamat. Aku mengiyakan apa yang si ibu bualkan kerana ia adalah realiti zaman sekarang. Tiada apa yang dapat aku bangkangkan. Rancak berbual, tibe-tibe si anak menjerit..”kereta api dah sampai umi!”.. Train ke arah Seremban. Aku bingkas bangun dan menuju ke arah train yang nak berhenti. Dua beranak tadi turut serta masuk. Pastu aku tanya balik Ustazah tadi nak balik mane. Rupenye Ustazah salah naik train. Aku pun dengan berbesar hati menunjukkan jalan sebenar. Yela, sekarang dah pukul 10 malam lebih. Kesian kalau tersalah train and kene patah balik pulak. Sampai kat KL Sental, aku tunjukkan jalan sebenar kepada Ustazah. Ustazah tidak putus-putus ucapkan terima kasih.

Aku pun meneruskan pengembaraan ku di bumi KL ni. Aku berlegar-legar di tempat yang memang di ketahui sebagai tempat tumpuan untuk ke satu-satu tempat yang lain. Asyik-asyik berlegar, aku terasa.....opss..nak buang air la..Tergesa-gesa aku ke tandas di tingkat bawah. Tapi apekan daya, tandas tu sangat la tut..... Maka aku sebagai rakyat Malaysia terasa sangat la malu. Aku berlari ke tingkat atas dengan beg yang punyelah beso tu. Alhamdulillah, tandas kat atas ok. Ni yang buat aku rase tak enak sebab orang luar judge kite berdasarkan ape yang kite tontonkan kepada mereka. Kebersihan separuh dari iman. Kalau kebanyakkan yang gune tu orang Islam maknanya iman belum sempurna. Jagalah kebersihan, terutamanya tandas.


ni McD kat KL Sentral. Nampak 24 hours kat sblh kiri tuh

Aku masih berlegar kat situ. Naik atas, turun bawah, naik atas balik. Tengok orang kat luar yang tengah tunggu teksi. Jumpe pakcik teksi yang offer teksi, aku gelengkan kepala sambil ucap terima kasih. Aku duduk je kat tempat yang disediakan. Ade yang bawak beg besar, ade yang tak bawak ape-ape. Boring r tengok orang, masuk tuk tengok tv lak. Cite pirates of the carrabien la.. cite best. Aku pon duduk kat atas lantai tengok cite sampai la kul 12 tengah malam. Tengah syok duduk atas lantai depan tv, Sorang abang polis datang. “dik, dah takleh duduk sini. Kul 12 atas dah tutup. Pergi balik or duduk kat Mc Donald bawah k”. Aku pun bangun. Ingatkan apelah. Takot jugak. Aku pun ape lagi, turun ke rumah tumpangan aku. McD here i comes. Hehe..

Stayed there from 12 a.m to 5.30 a.m without sleep and alone, macam-macam aku jumpe:

1.Uncle Chinese yang selalu nak refill air masak kat McD. Tengok pun rase nak gelak.

2.Couple yang tido berdue. Chinese aku tak kisah, ni Melayu, Islam plak tu, peluk-peluk lagi.. Astafirullahalazim....

3.2 women and 2 man yang mabuk masuk McD beli chicken McDeluxe. Main-main cium mulut yang berbau lepas minum, buat aku nak muntah. Wekkz..

4.Sorang ayah Indian dan anaknya yang nak air coke tapi nak letak dalam botol sendiri. Aku rase nak gelak lagi.

And selebihnya I’m berkhayal ntah pape. Waiting and keep waiting to reach 1.35 p.m bus to Kangar. Restless………………………

Morals of the story:

- Carilah tiket awal-awal. Kalau tak, McD la jd rumah tumpangan anda yang kurang berduit nih.

- Pandai-pandai la jage diri mase tengah mengembara yerk. Walau kite kat negara kite sekalipun kite still tak kenal antara satu same lain dan jangan sesekali cepat percayakan orang.

- Ape yang kite judge tentang luaran seseorang belum tentu benar. Mane tau orang tu sangat la hebat tapi dia mahu menjadi seorang manusia biasa yang mahu tunduk sebelum di tundukkan.

- Jangan segan untuk menolong kerana hanya sedikit pertolongan kita akan di hargai. Dapat pahala lagi kan. So, janganla segan-segan hulurkan bantuan.

- Jagelah kebersihan. Terutamanya tandas. Aku orang Malaysia pun tak sanggup masuk lagikan orang-orang yang datang melawat tempat kite.

No comments:

Post a Comment