Friday, January 29, 2010

Mencari Kesempurnaan



Aku selalu inginkan orang yang lebih sempurna... Apabila berlaku sesuatu, aku akan memujuk hati mengatakan yang ada orang yang lebih sempurna dari yang terdahulu yang sebenarnya jodoh aku tapi pada suatu masa terdetik hati ini yang berbisik, "Adakah aku orang yang sempurna?""Adakah aku ini sangat layak mendapat orang yang lebih sempurna?". Pertanyaan itu membawa kepada pertanyaan-pertanyaan yang hadir dalam minda aku. Memang..aku bukan seorang yang sempurna. Dan aku menyedari yang mana mungkin orang yang lebih sempurna akan hadir dalam hidupku jika aku bukan orang yang begitu sempurna. Memang semua orang tidak di lahirkan sempurna, banyak cacat cela sebagai manusia. Manusia sentiasa lemah. Sentiasa mengalah. Seperti aku juga. Sesiapa pun walau dapat mengangkat beban yang berat sekalipun amatlah lemah sebenarnya. Begitu juga aku, dari segi zahirnya aku seorang yang periang tapi dari segi batinnya, aku tersangat lemah..Kerana itu aku terfikirkan bagaimana aku boleh terfikir untuk mendapatkan orang yang lebih sempurna padahal diri ini sendiri tidak sesempurna yang lain. Akhirnya, persoalan tinggal persoalan dan penyerahan pada takdir Yang Maha Esa adalah jalan muktamad..