Wednesday, April 14, 2010

things will never getting better for them~!!!!!

Fikirkan semua..kita adalah insan...semua adalah insan..tapi adakah anda tahu ada insan yang sangat kurang bernasib baik dari kita.. mereka ditakdirkan untuk hilang kewarasan..hilang kepercayaan pada diri dan hidup dalam dunia sendiri...Patutkah kita sebagai insan yang bernasib baik ini merendahkan mereka??

jika anda kata TIDAK...kenape?? mereka tidak mahu jadi begitu
jika anda kata TIDAK..kenapa hanya melihat??jika anda kata TIDAK..kenape masih ada mata-mata yang memandang penuh hina??
jika anda kata TIDAK..kenapa mereka masih terperap dalam stigma yang meresahkan??
jika anda kata TIDAK..kenapa mereka masih terkontang-kanting keseorangan tanpa sokongan??
jika anda kata TIDAK..kenapa masih ramai insan yang bernasib baik melemparkan mereka tanpa hala tujuan??
jika anda kata TIDAK..apakah yang anda lakukan untuk menolong mereka??


Sedih aku fikirkan semua ini..di mana silapnye??..di mana yang boleh aku perbaiki??..bagaimana mahu mengubah stigma yang sekian lama terpahat di minda??

TIDAK..aku tidak dapat mengubah apa kecuali anda semua yang merubahnya.

Hiduplah dengan mereka anda akan tahu betapa mereka terhina..betapa mereka rasa tertekan..betapa mereka ingin bebas..betapa mereka ingin sokongan..betapa mereka rindukan keluarga mereka..

Mereka bangga dengan kejayaan keluarga tapi mereka ditinggalkan bertahun - tahun tanpa lawatan. Tanpa khabaran. Tanpa mendapat berita. Terkontang- kanting menunggu insan yang sedarah sedaging untuk menjeguk..Itukah yang anda hanya lakukan??

Bersyukur aku kerana di takdirkan untuk bertemu dan memberi sedikit pertolongan kepada mereka. Walau hanya sedikit, mereka menghargainya seperti terlalu tinggi sumbangan yang diberikan.

Ingatlah, kita semua adalah insan~!!!!!!!!!!

Moral of this catitan :

- Perasaan belas datang dari hati yang suci.
- Kita semua adalah insan yang lemah
- Dan insan yg lemah perlu menolong di antara satu sama lain....


(bingkisan from permai - the opening of my heart and eyes)