Monday, September 7, 2009

hidup dan meneruskan hidup


"Ku takkan pernah ketawa,ku takkan pernah bahagia ku takkan pernah merasakannya bila kau tak disini."


Statement ni la yang wat aku tersedu-sedu kat belakang mase majlis berbuke bila ditayangkan kat layar kisah-kisah kami dulu hingga sekarang. Dari mula-mula kenal hingga sekarang. terlalu banyak perubahan yang berlaku.Teringat balik sejarah hidup aku yang sedang berlangsung. Setiap yang aku lalui bersama-sama teman-teman yang sedia bersama-sama hingga kini. Sejarah demi sejarah kami cipta untuk masa depan. Walau sejarah itu hanya untuk kami tetapi sejarah itu yang telah mengajar aku dan mereka untuk kekal hingga kini.

Selama nak masuk tiga tahun aku hidup bersama mereka. Awal kami di pertemukan, cam budak sekolah dari sekolah lain-lain berjumpa dan berkenalan. Perkenalan yang berlangsung tu jadi sangat skema. Se skema mase kat sekolah dulu-dulu. Panggilan ”awak” ”saya” yang mula-mula aku panggil kat budak-budak ni. Bila di kenang balik terasa lucu, rasa nak gelak berguling-guling ade bila difikirkan balik perangai budak-budak ni yang ntah pape bile dah kenal betul-betul.

Pengalaman yang aku dapat dengan mereka takkan aku dapat kat mana-mana. Bayangkan lepas je SPM, mase tu masih ade sisa-sisa rindu kat sekolah, miss kat member-member time sekolah, miss kat rumah lagi (setengah tahun cuti pas SPM tu memang tak cukup la bagi aku bab aku ni budak asrama..huhu), de yang tak pernah tinggal mak ayah langsung masa sekolah dulu terpaksa kene ubah diri untuk ke alam yang pada aku dulu sangat aku mahukan. Alam yang di namakan ”Alam Universiti” dan yang bestnye aku akan di panggil ”Budak U”. Bangga pun ade, terkilan pun ada. Ye la, member yang seangkatan dengan aku struggle kat Matrikulasi bagi capai cita-cita mereka untuk singkatkan umur untuk dapat Degree. Harapan abah dan umi aku yang risau melihat ramai anak sahabat-sahabatnya dapat course yang bukan-bukan lepas masuk Matrik (no komen pasal statement ni) supaya aku teruskan saja dengan tawaran yang sedia ada. Mulanya aku nekad untuk masuk Matrik, mereka tidak langsung membantah tetapi masih memaksa ku untuk berfikir. Setiap kali aku telefon mereka selama 3 minggu di matrik, ayat last yang diberitahu pada aku ialah ”adah,pikir molek2. dok lambat lagi nih”.Akhirnya, aku mendapat jawapan yang sangat kukuh dari Yang Maha Esa. Hidup di Matrik yang penuh debaran aku tinggalkan demi kedua mereka dan juga kerana jawapan yang telah diberikan untuk aku. Pada hari terakhir aku ”bla” cam tu je. Tak sanggup aku hadapi member-member baik yang masih di situ.

Berbalik kepada cerita kini. Aku bersyukur. Bersyukur atas kesempatan yang diberikan padaku untuk mengenali mereka. Jika Allah tidak menakdirkan aku untuk tidak mengenali mereka, aku tidak akan di sini..bersama mereka..dan berada di sini...Mengenali 32 orang yang berbeza personaliti secara sebetul-betulnya membuatkan aku rasa merekalah member baik dunia akhirat. 22 orang girl yang banyak kerenah dan 10 orang guys yang sangat rapat. Kemana saja mereka akan tetap sepuluh. Kire tu memang trademark diorang la. Setiap cerita kami kongsi bersama. Rahsia tidak menjadi rahsia. Betul, hidup bersama mereka aku belajar untuk mempercayai. Belajar supaya aku dapat meluahkan. Dan aku berjaya. Apa yang kami dapat belajar semasa berada di kota metropolitan dan di puncak gunung ni takkan dapat di cari ganti. Suka duka kami, gelak tawa kami selama nak masuk 3 tahun ini memang tidak dapat di beli di mana-mana. Aku tersangat bersyukur kerana setiap apa yang kami lakukan, kami lakukan bersama-sama. Setiap gambar yang terakam di mana-mana kamera sekali pun semua akan tersenyum riang gembira (ade senior kate mcm iklan colgate). Tiada langsung rasa iri hati yang berpanjangan dan gaduh yang sampai tarik-tarik rambut. Itulah kehebatan ukhuwah yang telah ditakdirkan untuk aku dan mereka.




Kini...kami hanya ada lebih kurang 4 bulan sebelum kami bersama-sama grad nanti. 4 bulan sahaja untuk berjumpa sebab course ni memperuntukkan kami untuk praktikal sepenuhnya mase sem last awal tahun depan. Betullah kata orang. Apabila tiba waktu untuk berpisah, kenangan yang kita lalui tidak semena-mena singgah dalam minda ni. Terasa sangat perit untuk lafazkan ungkapan yang aku rasakan dulu aku tak sanggup nak ucapkan. ”Selamat Tinggal” . tapi aku perlu lafazkan, aku perlu sebab lepas ni kami akan membawa haluan masing-masing.

Walau kami bukan hebat. Hanya berada di sini,di sebuah tempat dan menuntut ilmu yang hanya secebis dari ilmu Tuhan. Hanya bermula dari bawah yang masih belum tentu kami akan berada di atas. Tetapi syukur itu melebihi segala-galanya. Setiap yang diberikan akan diterima dan setiap yang diminta akan diserahkan juga setiap yang diambil akan dipasrahkan.

Morals of the story:

- Jangan lawan cakap mak ayah. Apa yang mereka nasihatkan ada benarnya.
- Belajar untuk mempercayai kerana apabila tiba masa untuk kita mahu orang mempercayai kita, mase tulah akan di pulangkan paku buah keras kat kite.
- Bile berkenalan, terima mereka seadanya. Harapan tinggi untuk seseorang yang sempurna akan punah jua bila ape yang di harapkan tidak begitu
- First kenal,jangan judge orang sebab ape yang kite judge tu blom tentu betul. Kadang bile kite kate kite tak suke seseorang, secara otomatik tetibe orang yang kite tak suke tu akan bertegur sapa dan mulalah kita perbetulkan judgement kite tu (malu wehh)
- Lam pape yang kite buat, senyum,ketawa,gembira mesti dan wajib sebab ia akan sentiasa berada ingatan bile tibe waktu tuk berpisah.(sedeh)
- Akhirnya, ”BERSYUKURLAH” walau bermula dari bawah, mungkin itu jalan awal yang akan membuka jalan-jalan lain buat kita. Setiap orang telah ditetapkan takdirnya. ”BERSYUKURLAH ANDA” .

No comments:

Post a Comment