Hari ni hari yang aku akan tinggalkan kawan-kawan aku untuk pi Perlih. Aku pergi sane bukan atas kehendak aku tapi kerana masalah teknikal yang menyebabkan Hospital Melaka tak pilih aku dan rakan-rakan.Sedeh bila fikir balik. Time tu aku rasa macam tak sanggup je nak ucapkan selamat tinggal. Tersedan-sedan gak aku bile heret beg polo turun lif pastu naik kereta pakcik myra. Rase macam budak-budak AF yang kene ”kick” sebab undian tidak memihak kepada diorang. Tulah yang aku rase. Dalam perjalannan nak pergi puduraya, tempat yang memang paling diketahui ramai,kepala aku asyik terfikir. Macam-macam soalan ditebitkan dari otak aku.
Soalan-soalannya:
Pertama: Adakah aku boleh hidup bersama dengan 5 orang ni selama sebulan?
Kedua: Macam manelah agaknye rumah sewe yang budak-budak ni carikan tapi aku yang buat kata putus untuk pilih rumah sewe dan akhirnya aku cakap kat diorang ambik je rumah sewe yang junior kami cari. Homestay tapi tak taulah macam mane keadaannya.
Ketiga: Kenapa aku rase ade perasaan yang tidak enak berlegar-legar dalam runag hatiku ini? Aku sangat tak pasti perasaan ini tentang apa..
Keempat: Jam dah menunjukkan pukul 9 lebeh pagi, bas aku pukul 10.00pagi. sempat ke tak ni?- sabar,sabar...tumpang kete orang ni..
Kelima: Duit zara belum bayar kan? Nanti sebelum naik bas kene cucuk dulu nih. Duit aku tinggal berapa sen lagi hah?
Ke-enam: Apa yang a**** buat sekarang hah? ( ni pun aku terfikir tau)
Ni baru enam soalan yang terbit. Sebenarnye masih banyak lagi soalan yang ade dalam kepala ni. Cuma ia tidak dapat diingati sebab dah mase tu je kite fikir kadang-kadang lepas tu dah tak ingat dah.
Aku sampai kat Puduraya dengan beg ’Polo’ yang aku kebas dengan abah aku. Pakcik myra berhentikan kereta betul-betul depan jejantas. Aku lihat seberang jalan. Dah ada palang penghadang plak, terdetik dihati ’macam mane nak masuk?’. Aku tengok muka zara, zara pandang myra, aku lihat jejantas yang tersergam ’indah’. Alahai, ’sayangi nyawa anda, gunalah jejantas yang disediakan’. Akhirnya, dengan beg yang agak membebankan aku menggunakan kekuatan yang ada untuk ke seberang. Meningkatnya penghasilan tenaga dan ia menyebabkan banyak lemak-lemak ditukarkan kepada tenaga. Dan itu juga menyebabkan aku rase lapar dan haus. Betul, serius, lepas angkat beg, mulut rase sangat haus. Letih. Puasa la katakan. Aku hanya perlu bersabar. Tulah yang ape aku ucapkan pada diriku sendiri sebab aku sebenarnya dah tak tahan sangat mase tu.
Pastu kami cari kaunter yang tunjuk boarding time untuk bas Transnasional. Oh, bas belum sampai. Orait boleh tunggu lagi. Nak melanguk atas beg kesayangan ni rase bersalah pulak sebab dalam tu ade ilmu.buku-buku dan nota-nota yang mungkin aku akan gunakan aku bawak dalam beg tu. Hohoho,jangan-jangan. Ilmu dibawah bontot?? Itu tidak adil bagimu ilmu. Takpe aku cari tempat duduk. Cari punya cari, zara dan myra yang dapat duduk dulu. Orait, aku ok je. Takpe berdiri pun. Ade hikmah disebaliknaya. Pastu zara pulak nak beli barang bacaan yang boleh dibaca mase dalam bas. Aku pun sangat gembire. Hehehe. Akhirnya, aku dapat duduk. Nikmat duduk itu aku gunakan sebaik-baiknya. Time kasih zara. Syukur, syukur. Boarding time lambat 10 minit dari masa yang ditulis dalam tiket bas yang berharga RM42.80 tu. Takpe,takpe. Kami para penumpang sangat memberi kerjasama.
Bile tengok-tengok balik, pakcik dekat kaunter boarding tu dah letak plat nombor bas kat destinasi yang aku nak pergi ni. “kangar- W....bla,bla,bla. Aku dah lupe nombor plat bas tu. Dah jumpe aku dengan zara terus naik. Sebelum tu aku ade la beli jugak bahan bacaan yang aku nak bace tuk hilangkan stress dalam bas ni. Aku bli ’ujang’ edisi raye. Cover ye Lim Tat kene masukkan dalam meriam buluh dan Pakcik Din nak letupkan dengan kiraan. Mase bli tu tengok-tengok harga boleh tahan. Sebelum ni rasenye murah lagi,pastu aku terasa kelainan kat majalah kesukaan aku ni. Kenapa ia terlalu keras??. Dah bayar tu aku belek-belek sikit halaman-halaman ia. Terbukti berbaloi harga yang agak lumayan itu sebab dalam tu ade sastu CD. Cite ape pun aku tak tau. Main sebat je.
”Bismillahitawakkaltualallah.....”kaki kanan aku landing atas tangge bas sambil bace doa. Dah tu aku pun mengharungi perjalanan yang memang sangat lame. Kalau study ni, habis satu buku ’psycho rehab’ aku bace.
”weh!!”
Ape??
Tu tengok. Zara tunding index fingernya kat padi yang menghijau kat tepi-tepi highway. Mase tu dah sampai kat area Kedah. ”Subhanallah” . indahnya ciptaanmu Ya Allah. Terpegun aku dengan kehijauan padi-padi kat tepi-tepi jalan tu. Aku pun terfikir,entah-entah rumah sewe aku kat Kangar tu pun dekat-dekat sawah. Orait sangat la macam tu. Bestnye..
Akhirnya, aku sampai di bumi Allah bernama Kangar. Tidaklah sebesar mane tapi mesti ade kelebihannya Cuma aku sebagai pengembara asing yang baru tiba ni belum dapat merungkai kelebihan yang ade di bumi Perlih ni. Selepas perjalanan yang makan mase para penumpang selama 7 setengah jam dan tambah setengah jam lagi perjalanan ke rumah sewe aku, aku bersyukur dipelihara dalam perjalananku. Melihat rumah sewe yang tersergam indah dan sawah dihadapannya aku hanya mampu tersenyum dalam kesyukuran ”Alhamdulillah”...
Morals of the story:
- Ambillah peluang untuk melihat kebesaran Allah s.w.t di setiap ceruk dunia,walaupun hanya di negara kita sendiri.
- Kesabaran sangat penting. Tidak sabar mengundang padah.
- Redha dengan Qada’ dan Qadar Allah s.w.t kerana pasti ade hikmah yang tersembunyi disebalik ape yang terjadi.
- Dalam setiap ape yang kita nak buat, berusaha dan bertawakal kerana kita akan dapat yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment